Friday 9 October 2015

coret-coret pilu....

Kun Fayakun...


Lewat semalam....
Kita berkongsi rasa meratap duka
Jiwa pedih dan pilu
Tiada akal bisa mentafsir 
Tiada kata mampu terungkap 
Hati hiba menanggung lara
Mutiara jernih mengalirkan rasa
Siapa jua mereka tiada beza
Simpati itu semuanya setara

Tenanglah wahai semua...
Insan muslim kuatkan Jiwa
Redahlah ujian seiring iman dan takwa
Lagukanlah kalimah suci Yang Esa 
Tidak Dia menjadikan sesuatu 
tanpa sebab musababnya
Usah meraung merenung masa
Tadahlah tangan pada yang Esa 
Moga kentalnya jiwa bisa dirasa 
Buat peneman penyuluh masa 
Qadak dan qadar suatu ketentuan
Moga dijumpai titik pengakhiran

Wahai insan..
Kembalilah pada-Nya...
Usah biar jiwa terus berdarah 
Walau mereka tak kukenali
Namun pilunya terasa di hati...
Seolah terasa mereka amat dikenali
Sejarah terlakar di Lautan Hindi.

Hanya pada-Nya....
Pemergian mereka telah kita ketahui 
Nasib kita masih tersimpan rapi
Titipkan doa buat mereka
Dipermudahkan perjalanan di akhir SANA...
Allah Huakbar....Allah Maha Besar...

#moodsedihtakdapatlelapkanmata#  Description: https://fbstatic-a.akamaihd.net/rsrc.php/v2/ya/r/CCeqS_QdeCm.pngfeeling sad.


25 Mac 2014

Coret-coret 1



Utuhnya Sebuah Perpaduan



Getirnya semalam menyatukan kita seadanya
Mengorak perjalanan seia sekata
Eratnya ikatan terbina sekian lama
Moga tidakkan goyah walau badai melanda
Sepatah kata terkandung sejuta makna
Sejuta rahsia terselindung di dalamnya
Terbina atas keyakinan  bersama
Dahulu lagi ikatan  terjalin tanpa syarat
Insan itu terpaut hatinya tanpa sedar
Warna kulit tidak dijadikan syarat
Darah yang mengalir tetap sama warnanya
Senyuman terukir ramah menyapa

Dahulu lagi, insan-insan itu
Seiring sejalan berpimpin tangan
Pelbagai kenangan diwarnai bersama
Berkongsi getirnya peristiwa semalam
Ikatan terbina kukuh tak mampu terungkai
Tiada ragu tiada sangsi di hati
Kerna kita berlindung di bawah langit yang sama
Udara yang dihirup juga tiada bezanya
Nafas yang dihela membuktikan kita bersama
Mengalunkan perjalanan dalam lagu yang serupa.
Hati menerima segalanya seadanya

Tidak pernah terbina tembok antara kita
Usah dipesan berulang kali
Kasih dan hormatnya kita
Kekal bersemadi di hati
Usah mengguris sesama sendiri
Kelak kita sendiri yang rugi
Kala itu tiada dapat dibela lagi

Perpaduan..
Kuatnya ia bisa mengangkat wibawa negara bersama
Bisa mengharung segala badai mendatang
Kerna tautan tangan kita erat terjabat
Harus bagaimana kata-kata diungkap
Kasih sesama kita senantiasa wangi dan mekar
Duhai jiwa sematkan maknanya
Nun jauh ke dasar jiwa
Moga apa yang dibina kekal abadi
Bersatulah kita selamanya

Tembok perpaduan itu biarkan kukuh selamanya